Thursday, 31 March 2011

Bila kegilaan itu datang

Tetiba gila nak jahit manik pulak.
Sanggup hadap anak buah...minta dia ajarkan beberapa teknik jahitan manik yang cantik.
Setakat ni rasanya baru dua helai ja baju i yang dijahit manik..
I jahit sendiri tau...Gigih menyiapkan dalam tempoh sehari ja..
Tu bila time gila minat memanik memanggil-manggil la tu...


Ni baki manik yang tinggal..masa tu memang top la jahit-jahit manik ni..

SPACE FOR SAWING/ CRAFT

Bila lah nak dapat sewing room sendiri kan..
Citt!!!..berangan saja lah kerjanya i ni..
Menjahit pun tak seberapa..ada hati nak bilik sendiri pula...
Ada yang nak kena sekolah kan dgn En. Hb juga nanti ni.
hakikatnya adalah ..
NO SPACE FOR SAWING/ CRAFT

Jadi..sila berangan la sampai lebam ya...

Pandang saja ya....Berangannn....

Berangan lagi....tengok la banayknya barang-barang craft...

Yang ni pun ok..i like it

Simple..kemas

Wednesday, 30 March 2011

Terapi

Assalamualaikum.
Tak terfikir pun sebenarnya nak buat blog ni...
I ni bukan la kreatif sangat pun orangnya..Kerastangan tu ada la.
Tapi ada jugalah kebolehan untuk jahit menjahit ni.
Lagi-lagi kalau waktu-waktu terdesak..Contohnya..bila dekat-dekat nak raya..Hehehehehe


Keinginan tu ada...
Cuma kadang-kadang..Perasaan malas  lebih mengatasi keinginan tu.

Idea nak bukak blog ni adalah secara spontan saja..
Bila mana..terjumpanya bahan-bahan craft yang dah lama terperuk dalam laci..
Juga kain- kain felt dan langsir yang dah mula semak dalam almari..
Dan yang paling utama adalah...bila terpandangkan Mesin Jahit yang dah lama pencen dari berkhidmat..
terperuk saja  di tepi kabinet tv...Hampir-hampir jadi gajah putih..


Ni antara fabrik yang lama sangat terperap..hehehe

Sedang memikirkan apa nak buat dengan kain tu...
Silap-silap simpan balik kot dalam almari..
Perap lagi cukupkan 2 tahun kot..Hahahhahaaa...